Pages

Monday, April 15, 2013

set bersalin hpa



setbersalin.jpg

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga :

Semenanjung : RM 90

12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W


BUAHAN 12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.
Kali ni aku nak berkongsi dengan korang 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat

Kisah Fatimah Az Zahra & Buah Delima



 (sumber gambar dari Google)


Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, ia tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham untuk mendapatkan buah delima yang diinginkan isterinya itu. Akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang bertanya tentangku. Aku ingin sekali makan buah delima. Jika aku makan buah delima, rasanya sakitku bertambah baik” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.
Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah. Selepas makan buah delima yang separuh itu, orang yang sakit itu berkata "Sakitku ini telah baik, namun jika aku makan separuh lagi, nescaya aku boleh berjalan dan bekerja. Mendengar kata-kata lelaki itu, Saidina Ali pun memberi separuh lagi delima itu.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Adakalanya, Allah SWT  membalas amal sedekah kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, tapi dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan penuh berkah, anak-anak yang bijak, soleh dan solehah, kesihatan yang baik, keperluan yang mencukupi atau sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita. Ada masanya Allah simpan amalan sedekah kita sebagai pahala akhirat. Sedekah yang ikhlas kerana Allah, sangat tinggi nilainya di sisi Allah.


Surah al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud: Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang yang dikehendakinya. Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui.

sekilas


"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
(al-Qasas, 28:56)

"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti suatu kebodohan. Tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas,""Perubahan pada diri umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka jika tuan punya diri tidak membuka dengan kunci yang ada ditangannya sendiri.""Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah."
~Saidina Ali bin Abi Talib~

"Allah telah letakkan kejayaan ikan-ikan bila mana mereka dapat hidup di laut. Apabila mereka cuba keluar dari laut, maka mereka akan mati. Begitu juga dengan cacing yang keselamatan mereka telah ditetapkan di dalam tanah. Jika mereka keluar dari tanah, mereka akan kepanasan. Sama juga dengan manusia yang telah Allah letakkan kejayaannya dalam agama. Jika manusia cuba keluar dari agama, manusia akan sengsara."

"Setenang manapun sesebuah sungai itu,suatu hari akan melalui bahagian deras,, berbatu, cerun dan sebagainya. Begitu juga dengan kehidupan, tidak ada orang yang tidak merasai kesusahan sedikitpun sepanjang hidupnya, dan kita tidak akan dapat kembali ke masa dahulu lagi. Tetapi suatu perjalanan itu ada destinasinya, ingatlah destinasi sungai jatuh ke laut manakala destinasi manusia pula kepada pencipta~Nya"

Ganjaran Seorang Perempuan



MENGANDUNG
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

PAHALA WANITA BERSALIN
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

PAHALA MEMELIHARA ANAK
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

GANJARAN WANITA SOLEHAH
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

GANJARAN MENTAATI SUAMI
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

KELEBIHAN SEORANG IBU
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

KEMULIAAN @ GANJARAN seorang IBU


KEMULIAAN @ GANJARAN yang dijanjikan buat ibu2, yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar seperti yang dinyatakan dalam Al-quran dan hadis??? TERLALU BANYAK... antaranya, DARJAT tertinggi seorg ibu adalah SYURGA itu terletak di telapak kaki ibu.... 


seorg sahabat menemui RASULULLAH SAW meminta izin untuk turut serta dalam perang jihad... lalu RASULULLAH bertanya... "adakah engkau masih punya ibu???"..."ya" jawab lelaki itu... lalu baginda bersabda..."jika begitu tetapla engkau bersamanya kerana syurga itu terletak di bawah tapak kakinya"..


selain itu.... mari kita hayati betapa mulianya menjadi seorg ibu....

DOA seorang ibu lebih makbul dari seorg lelaki kerana sifat penyayangnya... Rasulullah pernah bersabda... "seorg ibu lebih penyayang daripada seorg ayah... dan doa org penyanyang itu tidak akan sia2..." Rasulullah saw bersabda lagi... "wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersamaku didalam syurga"

Apabila seorg wanita itu hamil... setiap hari para Malaikat akan beristighfar untuknya dan ALLAH telah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatan...

Apabila wanita itu sakit untuk melahirkan bayinya... maka ALLAH telah memberikan pahala sama seperti org yang berjihad ke jalan ALLAH swt...

Setelah wanita itu melahirkan anak... terhapusla segala dosa-dosanya ibarat dilahirkan semula dan setiap urat yang putus itu, Allah berikan  pahala sama seperti org yang menunaikan haji...

Setelah lahir bayi itu lalu disusui... maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh ALLAH SWT... seorg ibu yang menyusui anaknya sehingga tempoh 2 tahun... maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan syurga adalah wajib untuknya...

Seorg ibu yang memberikan susu kepada bayinya yang menangis kelaparan.. maka ALLAH memberinya pahala setahun solat dan puasa....

Seorg ibu yang bersengkang mata pada waktu malam menjaga anaknya yang sakit... maka ALLAH SWT memberinya pahala sama seperti memerdekakan 70 org hamba...

Seorang ibu yang menghiburkan anaknya... Allah memberinya 12 tahun pahala beribadah...



Lihatla bertapa tingginya darjat seorg ibu disisi ALLAH... pahala berganda diterima sang ibu kerana melahirkan dan membesarkan anaknya... Sayangnya, segelintir ibu tidak mahu mengambil peluang ini... susah payah mengandung, tanggung sakit melahirkan... boleh plak anak itu dibuang seperti sampah... belum sempat si kecil mengenal dunia.. terlebih dahulu dia dihantar 'pulang' ke syurga....


Semalam... aku ada terbaca sebuah kisah di blog kak LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™... KISAH seorg ibu yang baru melahirkan anak tiba2 jatuh sakit dan disahkan mengidap penyakit cancer... sungguh menyayat hati... benarla org kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... kita sama2 doakan ibu ini supaya cepat sembuh... dapat menjalani kehidupan sebagai seorg ibu.... agar anak kecil ni merasa belaian kasih sayang ibunya...


ingin tahu cerita lanjut... klik SINI..


Read more: http://dwaty85.blogspot.com/2011/07/ganjaran-seorang-ibu_08.html#ixzz2QWgTvLLQ